Kami Menawarkan Upah Membuat Blog Dengan Kos yang Murah & Cepat

HARAP MAAF! ATAS SEBAB-SEBAB YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN, MAKA PERKHIDMATAN MEMBUAT BLOG DIBERHENTIKAN UNTUK SEMENTARA WAKTU SEHINGGA DIMAKLUMKAN NANTI.

TERIMA KASIH.

27 Jan 2015



Anda tidak mempunyai kemahiran dan pengetahuan untuk membuat blog,

Anda tahu membuat blog tetapi sibuk dan tidak mempunyai masa untuk melakukannya, atau ingin menaiktaraf (upgrade) blog sediada kepada paparan baru yang lebih menarik,
 
Anda ingin mempromosikan produk-produk ubat-ubatan, makanan berkhasiat, pakaian, produk kecantikan, kuih raya dan sebagainya apatah lagi mengambil kesempatan menjana pendapatan tambahan di dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi yang mencengkam sekarang ini. 

Anda mahu mempromosikan pelbagai jenis perkhidmatan (contoh; perkhidmatan menaip, membersih rumah, pengangkutan, pelancongan, kelas-kelas, restoran dan sebagainya),

Anda ingin mencuba dahulu maklumbalas terhadap potensi bisnis baru bagi produk atau servis yang ditawarkan? Ingin melihat dahulu maklumbalas pasaran sebelum bertindak lebih serius melakukan tindakan selanjutnya termasuk penyediaan laman web canggih yang memerlukan kos pelaburan yang lebih besar,

Atau mungkin anda ingin membuat blog bagi secara individu, syarikat, organisasi, samada berbentuk persatuan, pertubuhan, organisasi/aktiviti persatuan perumahan/masjid, dan sebagainya,


Kami sedia menawarkan perkhidmatan membuat blog dengan kos yang murah. Kami sedia mengubahsuai blog menjadi paparan berbentuk laman web yang lebih profesional dan ekonomik sesuai untuk urusan bisnis.

Dengan adanya blog seumpama ini, ini akan menjana keyakinan bakal pelanggan anda terhadap produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Anda boleh memaparkan blog anda di kad bisnis, banner, papantanda, suratkhabar (jimat kos iklan; tak perlu ayat panjang) dan sebagainya. Di samping itu, anda turut boleh mempromosikan blog bisnis di dalam internet yang menawarkan potensi pasaran yang luas.
 

gambar iklan di suratkhabar dengan promosi blog abangglobalenterprise.blogspot.com


 Metro Ahad 24 Jun 2012, selain berlakon aktor Hairie Othman turut mempromosikan blog bisnes pendapatan tambahannya  di hoscubaadventure.blogspot.com



 
 Sebuah papantanda perusahaan memaparkan blog projek mycendawan.blogspot.com



Pengiklanan blog bisnis di sebuah portal internet terkenal yang mempunyai potensi pasaran yang besar. Klik imej untuk lebih jelas.


Berikut Adalah Antara Blog Yang Kami Bina

 Tuan punya blog ini; www.borongchinaonline.com telah mengambil khidmat kami untuk membuat blog bisnesnya dan setelah itu mengiklankan di sebuah portal keusahawanan seperti tertera di bawah (kami turut memberikan percuma tips promosi kepada semua pelanggan kami),

Beliau mengiklankan bisnesnya dengan memaparkan www.borongchinaonline.com agar memudahkan sesiapa yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut bisnesnya


 dah syukur, respons yang diterimanya begitu baik


 seorang lagi pelanggan kami yang upah buat blog dari kami, kami bina blog untuknya; hijabatie.blogspot.com

beliau mengiklankan blog yg telah kami bina untuknya di salah sebuah blog popular dalam mempromosikan bisnes tudungnya



Apa Yang Kami Tawarkan

Kami boleh menjadikan blog anda seperti laman web statik. Tarikh post, Posted by, Subscribe to: Posts (Atom), Blogger Navigation Bar yang menyesakkan blog anda semuanya boleh dihilangkan. Ini menjadikan paparan blog lebih berbentuk web profesional dan ekonomik.

Kami juga akan membuat file sokongan jika berlaku apa-apa yang tidak diingini yang membolehkan anda buat kembali blog baru dengan cepat dan lancar.

Anda juga boleh melakukan sendiri  pengubahsuaian laman blog kemudian hari nanti mengikut keperluan semasa, citarasa dan kreativiti anda. 

Anda boleh juga menggunakan domain sendiri untuk lebih profesional (tanpa perkataan blogspot seperti seperti domain www.upahbuatblog2u.com) bagi blog anda atau jika anda mahu kami lakukan, maka kos tambahan RM50 akan dikenakan. Anda boleh pilih sendiri nama domain yang dicadang digunakan tertakluk kepada kekosongan domain tersebut. Kami akan maklumkan jika domain tersebut sudah dipunyai dan cadangan nama domain lain yang sesuai.

Kami akan melakukan submission percuma kepada enjin pencarian internet utama seperti google, yahoo dan sebagainya supaya blog anda tersenarai di dalam internet. Ini menambahkan potensi pasaran di internet bagi pencarian produk, servis atau sebagainya yang anda tawarkan.

Disamping itu, kami juga akan mempromosikan blog anda di blog kami.



Blog Kontraktor Ubahsuai & Bina Rumah

Alhamdulillah satu blog di atas telah berjaya disiapkan. Blog ini adalah untuk ZMA Bina, sebuah kontraktor reka dan bina yang beribupejabat di Seri Iskandar Perak. En. Zulhamzi Mokhtar selaku tuanpunya syarikat tersebut telah memohon perkhidmatan upah buat blog dari kami untuk mempromosikan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikatnya di internet.

Semasa proses membuat blog ini, beliau juga mahukan domain yang ringkas dan catchy, jadi kami cadangkan nama www.binarumah2u.com dan beliau bersetuju dengan domain ini.

Yang membanggakan kami, beliau memaklumkan kami bahawa syarikatnya turut menerima projek-projek baru melalui blog yang dibuat oleh kami. Yang terbaru adalah pertanyaan yang diterima dari Amerika Syarikat di mana pasangan suami isteri yang menetap di sana ingin kembali ke tanahair dan berminat untuk mendapatkan khidmat syarikatnya untuk membina rumah kediaman mereka di Ipoh, Perak. Mereka mendapat tahu perkhidmatan syarikatnya melalui Internet, melayari blog syarikatnya dan terus menghubunginya.



Perkhidmatan mengubahsuai dan membina rumah oleh syarikat ZMA Bina:   
http://www.binarumah2u.com/

Blog Homestay

Alhamdulillah, satu lagi blog telah berjaya disiapkan. Pihak pengurusan NurHomeStay Melaka telah mengupah kami untuk membuat  blog bagi membantu pihak mereka mempromosikan bisnes homestay mereka di Internet.

Blog Bisnes Homestay - http://nurhomestay2u.blogspot.com/



















































































Sebaik sahaja siap, mereka mempromosikan blog tersebut di dalam FB Fan Page NurHomeStay Melaka.  Ini memudahkan pelawat mendapatkan maklumat lebih lanjut berhubung maklumat kediaman homestay, lokasi, kadar sewa dan sebagainya.  Bagi memaksimakan sebaik mungkin pemasaran di internet, kami juga memasukkan FB dan Instagram di dalam blog NurhomeStay Melaka.



Blog Produk Kesihatan Shaklee

Kami menerima permintaan dari Pn Sharifah dari Melaka untuk upgrade (naiktaraf) blog sediadanya. Beliau adalah peniaga aktif produk kesihatan Shaklee. Beliau sendiri memilih template baru..menjadikan blognya berwajah baru yang lebih menarik dan sistematik mengikut citarasa yang diingini. Alhamdulillah satu lagi tempahan blog yang telah disiapkan. Selain menerima tempahan upah buat blog, kami turut menerima tempahan upgrade blog sediada.


 Blog biz Shaklee Pn Sharifah - http://effasharifah.blogspot.com/

Blog Jual Cadar Borong

Pn Shida dari Pulau Pinang telah mengupah kami untuk buat blog bisnes cadar borong. Kami menggunakan template yg special sikit supaya blog bisnes cadarnya nampak lebih menarik. Kelebihannya ialah gambar-gambar menarik produk yang ingin dijual boleh slide di dalam laman utama. Ini penting bagi menarik perhatian pelawat sepintas lalu dan membuatkan mereka ingin mengetahui lebih lanjut. Maklumat juga cukup ringkas dan informatif bagi tujuan urusan bisnes.

Blog Bisnes Cadar - http://cadarmurah2u.blogspot.com/

Semoga bisnes Pn Shida maju jaya.