Blog Kontraktor Ubahsuai & Bina Rumah

Alhamdulillah satu blog di atas telah berjaya disiapkan. Blog ini adalah untuk ZMA Bina, sebuah kontraktor reka dan bina yang beribupejabat di Seri Iskandar Perak. En. Zulhamzi Mokhtar selaku tuanpunya syarikat tersebut telah memohon perkhidmatan upah buat blog dari kami untuk mempromosikan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikatnya di internet.

Semasa proses membuat blog ini, beliau juga mahukan domain yang ringkas dan catchy, jadi kami cadangkan nama www.binarumah2u.com dan beliau bersetuju dengan domain ini.

Yang membanggakan kami, beliau memaklumkan kami bahawa syarikatnya turut menerima projek-projek baru melalui blog yang dibuat oleh kami. Yang terbaru adalah pertanyaan yang diterima dari Amerika Syarikat di mana pasangan suami isteri yang menetap di sana ingin kembali ke tanahair dan berminat untuk mendapatkan khidmat syarikatnya untuk membina rumah kediaman mereka di Ipoh, Perak. Mereka mendapat tahu perkhidmatan syarikatnya melalui Internet, melayari blog syarikatnya dan terus menghubunginya.



Perkhidmatan mengubahsuai dan membina rumah oleh syarikat ZMA Bina:   
http://www.binarumah2u.com/